"Demi Masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran."
Pengenalan
Surah Al-'Asr merupakan sebuah surah dalam Al-Quran yang banyak dihafal oleh kaum muslimin kerana pendek dan mudah dihafal. Ianya hanya terdiri dari 3 ayat sajaha.Walaupun begitu singkat, surah ini memiliki kandungan yang luar biasa. Dikatakan bahawa seluruh perjalanan hidup manusia terangkum didalamnya. Surah yang begitu pendek ini mampu mencakup semua jalan untuk terlepas dari kerugian dalam hidup manusia. Namun sayangnya, sangat sedikit diantara kaum muslimin yang dapat memahami isi kandungan yang tersirat di dalamnya. Padahal, meskipun surah ini pendek akan tetapi ianya memiliki kandungan makna yang sangat mendalam.
Dizaman Rasulullah SAW, disaat para sahabat berkumpul utuk membicarakan sesuatu, mereka tidaka akan terpisah sebelum membaca surah ini kerana didalamnya terdapat cara untuk memperolehi kesempurnaan dan terlepas dari kerugian. Sehinggakan Imam Asy Shafi'i Rahimahullah berkata :
"Seandainya setiap manusia merenungkan surah ini, nescaya hal itu akan mencukupi untuk mereka." [Tafsir Ibnu Katsir 8/499]
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa perkataan Al Imam Asy Shafi'i itu adalah tepat kerana Allah telah mengkhabarkan bahawa seluruh manusia dalam keadaan yang begitu rugi (celaka) kecuali barang siapa dari mu'min (beriman) lagi sholeh (beramal sholeh) dan ketika bersama dengan yang lainnya saling berwasiat kepada jalan yang haq dan saling berwasiat di atas kesabaran. [Majmu' Fatawa 28/152]
Ibnul Qayyim di dalam kitabnya "Miftahu Daris-Sa'adah" menerangkan : "Kalau keempat martabat telah dicapai oleh manusia, hasillah tujuannya menuju kesempurnaan hidup.
Keutamaan Surah Al-'Asr
Al Imam At-Thabrani menyebut dari Ubaidillah bin Hafsh, ia berkata :
"Jika dua sahabat Rasulullah SAW bertemu maka keduanya tidak akan berpisah kecuali salah satu darinya membacakan kepada yang lainnya surah Al-'Asr hingga selesai, kemudian memberi salam." (Al Mu'jamu Al Ausath no: 5097 disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani didalam Ash Shahihah no 2648)
'Asr Menurut Ahli Tafsir
Para Ahli Tafsir memiliki pendapat yang berbeza-beza tentang makna 'Asr.

- Pertama : Mengetahui Kebenaran.
- Kedua : Mengamalkan Kebenaran itu.
- Ketiga : Mengajarkan kepada orang yang belum pandai memakainya.
- Keempat : Sabar didalam menyesuaikan diri dengan Kebenaran dan mengamalkan dan mengajarkannya. Jelaslah susunan yang empat itu di dalam surah ini.
Keutamaan Surah Al-'Asr
Al Imam At-Thabrani menyebut dari Ubaidillah bin Hafsh, ia berkata :
"Jika dua sahabat Rasulullah SAW bertemu maka keduanya tidak akan berpisah kecuali salah satu darinya membacakan kepada yang lainnya surah Al-'Asr hingga selesai, kemudian memberi salam." (Al Mu'jamu Al Ausath no: 5097 disahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani didalam Ash Shahihah no 2648)
'Asr Menurut Ahli Tafsir
Para Ahli Tafsir memiliki pendapat yang berbeza-beza tentang makna 'Asr.
- Asr bermakna zaman atau masa secara mutlak, zaman bilapun dan siapa pun.
- Asr bermakna khusus zaman diutusnya Rasulullah SAW.
- Asr bermakna waktu asar kerana waktu asar adalah waktu yang mendekati pergantian siang dan malam. Dikatakan bahawa perumpamaan umur manusia hanya seperti jarak atara Asar dan Maghrib, begitu dekat dan pendek.
- Asr bermakna Solat Asar kerana Solat Asar adalah solat pertengahan diantara 5 solat.
No comments:
Post a Comment